Monday, October 28, 2019

Cuti-cuti Amsterdam Julai 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


     Welcome to this blog, actually this is my first attempt to write a blog on travelling. My intention is not to boast or to show off but just to share memories and tips with those who like to enquire more on the places or the journey itself. Happy reading!!  My writing will be in dwi-bahasa, Malay language and English.

     Perjalanan ke Amsterdam sebenarnya adalah lanjutan kepada lawatan ke London untuk menghadiri Konvokesyen anak saya di sana. Untuk ke Amsterdam, kami memilih menaiki Eurostar train yg mengambil masa kira2 4 jam untuk sampai ke destinasi. It is better to buy the tickets online and ahead of time. Harga tiket lebih kurang 40 pound seorang dewasa. Harga tiket selalu berubah-ubah, so check harga berkali-kali sebelum beli. Lagi dekat dengan tarikh, lagi mahal. Boleh beli siap-siap di Malaysia. Untuk menaiki train ini kita kena pergi ke London St Pancreas International Train Station. Di sini akan ada pemeriksaan Imigresen. It is better to reach there early since the line can be very long. 

   Inside the boarding area, there are a few shops selling food. Kat dalam train pun ada kantin tapi tak pasti ada yang halal ke tidak, kami beli makanan halal siap2 sebelum bertolak. Perjalanan 4 jam membuatkan kita selalu lapar jika tidak tidur. Kalau bawa luggage naik train pun ada tempat simpan, carilah luggage area berdekatan dgn tempat duduk. Train tickets ada seat number, so kita boleh pilih seat masa nak beli tiket.  Along the journey, we could see countryside views - farms, corn fields, small towns like Lille (Belgium - hometown Eden Hazard)dan windmills. Train ini juga akan melalui tunnel bawah laut merentasi Selat Inggeris. Tapi tak nampak apa pun kecuali dinding tunnel. Ia juga merentasi negara Belgium sebelum sampai ke Amsterdam Central station. 
    
     From Amsterdan Central, we boarded a van, driven by a Moroccan guy to Casa hotel. Walaupun bulan Julai, cuaca di Amsterdam Central agak sejuk dan very windy. Since the van was big enough for 4 adults, 2 kids, 4 big luggages and a pram/baby stroller , we booked it again for the trip to Schipol International Airport on the last day. Kami banyak menggunakan Uber service (kat sana tak ada Grab) kerana ada baby 3 bulan dan si kecil berusia 2 tahun bersama kami. Pembayaran guna Uber ni - charge to credit card...so kena activate credit card sebelum ke luar negara.


     Casa hotel tempat kami menginap adalah sangat selesa. Di sebelah kanan pintu masuk utama terdapat sebuah restoran Arab yang menjual makanan Halal yg berpatutan harganya. Hotel ini juga berdekatan dengan grocery store (boleh beli makananan di situ). Restoran Meram (Arab) juga tak jauh dari situ. 

Boat Tour
  Berdekatan dengan Amsterdam Central terdapat banyak kiosk untuk kita beli tiket Boat Tour. Terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.. harga tiket bergantung kepada jenis bot dan masa .. jangan lepaskan peluang menyusuri terusan2 ini sebab pemandangan sepanjang perjalanan adalah sangat cantik. Ada tour guide juga di dalam bot. Tiket sekitar 16 Euro dan ke atas seorang.







  



Trip to Zaanse Schans
     Daripada hotel, kami menaiki van ke Zaanse Schans, perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil, boleh consider untuk menaiki van atau teksi especially di musim sejuk. We were very lucky kerana pemandangan pada masa itu sangat cantik...tak sedar 3 jam dihabiskan di situ. We can buy snacks and drinks at several shops there. Public toilets are also available at a few locations.








Jalan-jalan sekitar Damrak Street - Amsterdam Central

The next day, we took a stroll along Damrak Street. Shopping and Sight Seeing. Tak banyak ambil gambar sebab sibuk tengok barang-barang dalam kedai-kedai di situ. My favourite.. kedai bunga tulips yang diperbuat daripada kayu. Oh ya, cawangan kedai Primark yang famous kat London pun ada di sini. Berdekatan area Zeedijk 35 terdapat restoran Malaysia bernama Wau. Kami sempat ke situ dan menikmatii nasi lemak dan beberapa menu lain. Harga janganlah convert kepada Ringgit Malaysia. Rasa memang sedap.

           

       The next day, we boarded an Emirates flight to Dubai. I was quite impressed with the way Schiphol Airport management  handled the heavy outflow and inflow of tourists. Within a short period of time,  we could board the flight  after the immigration check and others.
Before boarding, sempat bergambar kat sebuah kedai dalam airport. On the way back, kami ambil flight Emirates dan transit di Dubai selama 5 jam. Agak mahal juga kalau ambil flight berlainan untuk pergi dan balik. .. tak ada MAS flight dari Schiphol Airport.  Perbandingan : Emirates lebih friendly dengan kanak-kanak kecil. Dapat toys, selimut dan makanan istimewa. Selepas tukar flight di Dubai pun dapat lagi goodies.